Hutan terbakar Los Angeles : Selebriti Hollywood diarah berpindah

Hutan terbakar Los Angeles: Ramai selebriti Hollywood diarah berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Beberapa selebriti ternama dan penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka susulan kebakaran hutan berskala besar yang melanda kawasan sekitar bandar ini.

Kebakaran terbesar di Pacific Palisades, telah memusnahkan hampir 4,856 hektar kawasan tanah.

Pacific Palisades, sebuah kawasan kejiranan indah yang terletak di antara Santa Monica dan Malibu, merupakan lokasi kediaman ramai bintang filem, televisyen dan muzik.

https://x.com/i/status/1877054941237288974

Kebakaran turut memberi kesan kepada acara hiburan utama Hollywood seperti Critics Choice Awards yang dijadualkan pada hujung minggu ini, telah ditangguhkan dua minggu, manakala pengumuman pencalonan Anugerah Oscar ditunda selama dua hari, menurut pihak penganjur.

Selebriti ternama termasuk pemenang Anugerah Oscar, Jamie Lee Curtis, turut menyuarakan kebimbangannya.

“Ia sangat menakutkan. Berdoalah jika anda percaya, dan walaupun tidak, berdoalah untuk mereka yang percaya,” tulisnya di Instagram.

Pacific Palisades, yang terletak berhampiran Lautan Pasifik dan dikelilingi Pergunungan Santa Monica, terkenal sebagai kawasan kediaman golongan elit dengan harga rumah median mencecah AS$4.5 juta selain turut menempatkan Getty Villa, sebuah muzium popular di Los Angeles.

https://x.com/i/status/1877053020405412042

Beberapa kebakaran lain turut berlaku di sekitar bandar ini, menyebabkan permit penggambaran filem di kawasan seperti Pasadena dibatalkan atas permintaan pihak bomba, menurut FilmLA.

Produksi rancangan televisyen seperti Jimmy Kimmel Live dan Grey’s Anatomy dihentikan, sementara beberapa tayangan perdana filem dibatalkan dan pihak berkuasa turut menutup akses awam ke papan tanda Hollywood yang terkenal di kawasan bukit Los Angeles.

Pihak bomba kini terus berusaha keras untuk mengawal kebakaran, walaupun situasi dilaporkan semakin mencabar akibat cuaca dan keadaan geografi kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN