Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Utusan Malaysia

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata

NGA Kor Ming (tengah) pada Perasmian Jentera Baru Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada Mac ini.

“Kita naikkan kompaun tidak berguna. RM300 atau RM500 kerana orang boleh bayar tetapi apabila pesalah diminta sapu sampah di jalan selama lima jam, pasti mereka tidak akan buang sampah lagi.

“Mereka (pesalah) akan memakai baju khas untuk turut membantu pekerja pembersihan mencuci longkang, membersihkan tandas dan sapu jalan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Perasmian Jentera Baru Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua MPTI, Zairul Akmal Kasim.

Hukuman khidmat masyarakat terhadap pesalah yang membuang sampah merata-rata terbukti berkesan seperti yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara maju.

Beliau berkata, pelaksanaan rang undang-undang itu bukan bersifat menghukum tetapi langkah pencegahan berkesan kepada pelaku kesalahan tersebut.

“Hukuman ini sekurang-sekurangnya saya yakin dia (pesalah) kena sapu sampah sekurang-kurangnya dua jam baru tahu susahnya kakitangan pihak berkuasa tempatan.

“Tetapi itu terpulang kepada mahkamah untuk jatuhkan hukuman kerana kita hanya membuat peruntukan undang-undang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya