Hujan berterusan di Johor, 6 daerah terjejas

Hujan berterusan di Johor, 6 daerah terjejas – Met Malaysia

Seorang pengawal keselamatan meredah banjir yang melanda SK Kangkar Tebrau di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Hujan berterusan dijangka melanda enam daerah di Johor sepanjang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurutnya, amaran tahap waspada dikeluarkan pada pukul 8.30 pagi  melibatkan kawasan berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi  myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Pada masa ini, beberapa daerah di negeri itu dilanda banjir dan mangsa bencana terus meningkat seramai 3,973 orang daripada 1,113 keluarga yang dipindahkan ke 38 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, angka itu bertambah berbanding 3,779 mangsa daripada 1,023 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS pada pukul 4 petang semalam.

Daerah yang terjejas ialah Kota Tinggi dan Kulai yang mencatatkan pertambahan bilangan mangsa manakala jumlah mangsa di Johor Bahru, Pontian dan Kluang tidak banyak berubah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya