Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Kerajaan tidak halang - Anwar

Himpunan Rakyat Benci Rasuah: Kerajaan tidak halang – Anwar

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan pelajar sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Kerajaan tidak akan menghalang mana-mana himpunan jika ia bertujuan melawan atau membanteras aktiviti rasuah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan bahawa perhimpunan yang dinamakan Himpunan Rakyat Benci Rasuah dijadualkan esok itu diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa tempat atau lokasi himpunan yang tidak dibenarkan untuk berhimpun.

“Kita tak ada masalah, kerajaan boleh memberi kebenaran (untuk berhimpun), malah kebenaran sudah diberikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Cuma ada tempat-tempat yang tidak diberi kebenaran untuk berhimpun. Tapi bagi saya tak ada masalah, buat lah, bantah lah rasuah. Kalau ada (himpunan lawan rasuah), saya tidak tolak usul, nak berhimpun, berhimpun lah,” katanya ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil, di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, setakat pagi tadi, penganjur Himpunan Rakyat Benci Rasuah belum menghantar kembali notis perhimpunan yang lengkap kepada polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, sebelum ini pihaknya sudah meminta penganjur melengkapkan notis pemberitahuan perhimpunan kerana tidak disertakan salinan persetujuan pemilik atau penghuni tempat perhimpunan.

Himpunan itu dijadualkan berlangsung esok di hadapan Kompleks SOGO dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini sebelum peserta berarak ke Dataran Merdeka.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, penganjur himpunan tersebut perlu mendapatkan izin daripada pemilik premis Sogo dan Dataran Merdeka terlebih dahulu, malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, permohonan itu ditolak Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya