‘Hidupkan semula bas ke Taman Negara’

‘Hidupkan semula bas ke Taman Negara’

STESEN bas bandar Jerantut sepi tanpa persinggahan backpackers dan pelawat domestik ke Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Masalah pengangkutan ke Taman Negara Kuala Tahan di sini antara punca pelancong asing dan tempatan berdepan kesulitan untuk melawat pusat peranginan itu sekali gus menyebabkan mereka me­ngalih tumpuan ke destinasi lain sejak beberapa tahun lalu.

Ia adalah isu lama apabila ramai pelancong yang tidak mempunyai kenderaan me­rungut ketiadaan kemudahan pengangkutan untuk mereka ke Taman Negara membabitkan jarak perjalanan 68 kilometer dan mengambil masa satu jam 15 minit dari bandar Jerantut.

Kebanyakan pelawat terma­suk backpackers semakin terbeban apabila perlu membayar tambang teksi dan bas persiaran atau van mini yang agak mahal sekali gus mendorong mereka berfikir banyak kali untuk ke situ.

Pengerusi Pelancongan Kuala Sat, Ulu Tembeling, Khamri Basri berkata, pihak berwajib perlu menghidupkan semula perkhidmatan bas henti-henti ke Taman Negara Kuala Tahan untuk kemudahan pengunjung domestik dan asing.

“Seingat saya, bas milik syarikat pengangkutan swasta memberhentikan perkhidmatan sejak 15 tahun lalu antara sebab utama backpackers tidak lagi menjadikan bandar Jerantut tempat persinggahan dan penginapan untuk ke Taman Negara.

“Kebanyakan mereka menaiki bas persiaran terus atau selepas ke Taman Negara dari Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Pulau Pinang, Singapura dan beberapa tempat lain tanpa singgah di bandar ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Khamri berkata, pengunjung yang menaiki kereta api yang singgah di stesen bandar ini juga sukar mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi tambang murah kecuali menaiki kende­raan lain dengan kadar tambang yang mahal.

“Pihak berwajib perlu mencari jalan dengan mewujudkan semula perkhidmatan bas atau bas mini ke pusat peranginan itu dari stesen bandar Jerantut dengan mengenakan kadar tambang yang tidak membebankan penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya