LANGKAWI: Selain menikmati suasana kedamaian dan keindahan Pulau Langkawi, delegasi ASEAN bersama pasangan akan turut membawa cenderamata yang dihasilkan di pulau peranginan itu. Arca burung helang yang menjadi identiti pulau itu diperbuat daripada kristal manakala hiasan leher batik antara karya seni berkualiti tinggi disediakan sempena Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) dalam Kepengerusian ASEAN 2025. Pengusaha bengkel kaca kristal, Kamarul Faizy Roslan berharap arca helang kristal yang dihasilkannya itu dapat mempromosikan Pulau Langkawi selain produk-produk kraf yang ada di sini kepada delegasi ASEAN. Katanya, walaupun menghadapi beberapa cabaran untuk menghasilkan arca…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya