Henti jadikan pengampunan Najib modal politik

Henti jadikan pengampunan Najib modal politik

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO memberi amaran keras kepada mana-mana parti politik agar menghentikan usaha dalam mempolitikkan isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Iltizam UMNO memperjuangkan keadilan bagi bekas presiden parti itu adalah nyata dan tidak akan terhenti.

Namun, menurut beliau, keadilan itu akan dilakukan secara Perlembagaan dan tidak akan tersasar daripada proses undang-undang.

“Nampaknya ada pihak yang menjadikan proses pengampunan Najib sebagai modal politik mereka. Solidariti bermusim yang ditunjukkan ini sangat memualkan.

“Proses pengampunan Najib bukan modal politik untuk mana-mana pihak yang menjadikan ia taruhan untuk populariti adalah sangat tidak bermoral,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Mohamed Khaled, sesiapa yang berkeras menyatakan bahawa himpunan pada Isnin ini sah dan tetap mahu meneruskannya walaupun bertentangan dengan nasihat pihak berkuasa, jelas menunjukkan mereka adalah pemain ‘politik tanpa moraliti’.

“Jika agama dan kaum pun dijadikan komoditi politik oleh kumpulan tersebut, inikan pula kes Najib.

“Bagi mereka, moral, undang-undang, Perlembagaan, keamanan negara, perpaduan nasional serta keharmonian beragama, semua itu bukan asbab untuk mereka berpolitik. Semua itu, tersedia untuk dieksploitasi demi ‘optik’ politik, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Pas meneruskan perhimpunan solidariti untuk Najib sebagai tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip, hipokrit, dan oportunis.

Beliau berkata, ia meskipun terdapat titah Istana Negara yang menekankan prerogatif pengampunan Yang di-Pertuan Agong serta amaran jelas daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain agar orang ramai tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

“Hanya seorang penuntut ‘Squid Game’ berani untuk mengingkari dan menentang Titah Diraja dan diikuti dengan amaran daripada polis.

“Rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana Pas sanggup menggugat kesejahteraan sosio-politik dan ekonomi negara dengan menghapuskan semua lawan politik dengan cara yang tidak jujur, termasuk sekutu politik mereka Bersatu yang tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya