Hasil siasatan kematian doktor pakar Hospital Lahad Datu didedah bulan depan

Hasil siasatan kematian doktor pakar Hospital Lahad Datu didedah bulan depan

DZULKEFLY Ahmad bergambar bersama pelajar selepas majlis penyerahan kaca mata bagi program pemeriksaan refraksi dan penajaan pembetulan ketajaman penglihatan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2). - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Hasil siasatan jawatankuasa berhubung kematian pakar perubatan patologi di Hospital Lahad Datu, Sabah baru-baru ini akan didedahkan kepada umum bulan depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pendedahan itu akan dibuat selepas hasil siasatan itu dibentangkan kepada Kabinet dan penjelasan diberikan kepada waris mangsa.

Menurutnya, laporan terakhir jawatankuasa itu sudah dibentangkan kepadanya, malah beliau telah pun meneliti perkara itu.

“Keluarga juga memohon diberikan penjelasan dan saya pastinya akan memenuhi permintaan mereka sebelum saya dedahkan laporan kepada umum, itu janji saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) Jalan P9a, Presint 9, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KM) menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan pada 10 Oktober tahun lalu bagi menyiasat kes itu yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dollah.

Penubuhan jawatankuasa itu dibuat selepas seorang doktor ditemukan mati di kediamannya di Lahad Datu, Sabah pada 29 Ogos 2024 yang didakwa membunuh diri kerana tidak tahan dibuli oleh ketua jabatannya.

Perkara itu didedahkan adik mangsa, yang dikenali sebagai YS Tay yang mendakwa kakaknya, Dr Tay Tien Yaa, ditindas pegawai atasannya, selain menghadapi tekanan sepanjang bertugas di unitnya akibat beban kerja melampau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya