Hartal desak segerakan garis panduan buli

Hartal desak segerakan garis panduan buli

Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan segera Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota Kesihatan sebagai pelengkap kepada prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan perubatan awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan segera Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota Kesihatan sebagai pelengkap kepada prosedur operasi standard (SOP) perkhidmatan perubatan awam.

Jurucakap HDK, Dr. Muhammad Yassin berkata, mana-mana doktor atau kakitangan perubatan yang didapati bersalah dan melanggar garis panduan tersebut hendaklah dikenakan tindakan dengan tegas serta bersifat mandatori termasuk buang atau digantung kerja.

Katanya, ini sekali gus dapat mengelakkan berlakunya kes buli yang melibatkan doktor pada masa depan.

“Perlu dilaksanakan garis panduan tersebut bagi menjaga kepentingan para doktor dan kakitangan perubatan lain.

“Sebab itu ia perlu disegerakan dan adalah perlu dimasukkan terma dan hukuman lebih berat kepada pembuli lebih-lebih lagi sekiranya kesalahan berulang serta kesalahan berat,”katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Buli di Tempat Kerja Bagi Anggota KKM menerusi Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsan (NCEMH).

Menurutnya garis panduan itu bertujuan meningkatkan kesedaran petugas kesihatan berhubung isu buli di tempat kerja,namun buat masa kini, ia masih belum dikeluarkan.
Garis panduan berkenaan turut menjelaskan prosedur pelaporan, langkah pencegahan dan intervensi terhadap individu serta organisasi bagi memelihara kesejahteraan fizikal mahu pun mental anggota.

Tambahnya, setiap aduan yang dikemukakan perlu bersifat sulit dan pengadu tidak harus dikenakan tindakan oleh pihak pengurusan.

“Setiap laporan perlu sulit dan tidak perlu didedahkan kepada umum demi menjaga keselamatan mangsa buli,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya