BESUT: Seekor harimau dahan betina ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Pak Sik, di sini hari ini.
Pengarahnya, Loo Kean Seong, berkata, haiwan seberat kira 20 kilogram itu dikesan memasuki perangkap pagi ini.
“Perhilitan menerima aduan berhubung serangan haiwan liar itu daripada penduduk pagi semalam dan satu perangkap dipasang pada hari sama.
“Pagi ini haiwan tersebut memasuki perangkap yang dipasang di kawasan kebun penduduk dan dipercayai ia datang dari hutan berhampiran,” katanya di sini hari ini.
Ujar Kean Seong, haiwan itu antara spesies yang jarang dijumpai di Terengganu. – UTUSAN