Harga tanglung naik namun masih banyak permintaan

Harga tanglung naik namun masih banyak permintaan

SEORANG pekerja Menyusun tanglung yang dijual sebagai hiasan Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Rahang Kecil, Seremban. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hiasan tanglung sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok oleh masyarakat Tionghoa tetap laris dijual walaupun diakui berlaku sedikit peningkatan harga berbanding sebelum ini.

Menurut Lim Choi Hui, 35, dari Taman Rasah Jaya, meskipun harga tanglung naik tahun ini namun dia tetap membelinya kerana ia merupakan hiasan wajib sempena perayaan itu.

“Memang ada naik sedikit, tetapi masih lagi boleh dibeli. Hiasan tanglung adalah dekorasi wajib yang menjadi kemestian setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina. 

“Begitu juga dengan hiasan skrol yang mengandungi baris puisi terkenal Cina dan juga poster tuhan kekayaan yang ditampal di dinding atau pintu,” katanya ketika ditemui. 

Seorang penjual kedai kelengkapan barangan perhiasan di Rahang Kecil di sini, Cheah Shi Min, 26 berkata, kali ini hiasan tanglung dijualnya pada harga di antara RM16 sehingga RM 51 berbanding RM16 sehingga RM 48 sebelum ini.

“Harga ini bergantung kepada saiz dan corak. Harga ini naik sedikit sahaja kerana mengambil kira dan menampung kos kenaikan penghantaran dari China.

“Walaupun harga naik namun permintaan sentiasa ada terutama di musim perayaan ini. Kami juga tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan termasuk di saat-saat akhir ini,” katanya lagi.

Di Gemencheh, Tampin pula, jualan tanglung di premis kedai juga masih meriah walaupun peniaga mengakui mereka terpaksa bersaing dengan jualan hiasan itu secara dalam talian.

Seorang penjualnya, Chuan Yen Ting, 21, memberitahu, kebanyakan pembeli tanglung yang datang ke kedai yang diusahakan oleh kedua ibu bapanya itu adalah terdiri dalam kalangan yang sudah berusia.

“Golongan ini gemar membeli secara terus di kedai. Saya jangkakan pembelian akan terus meningkat apabila semakin ramai pulang ke kampung.

“Tanglung di sini dijual pada harga serendah RM10 bagi yang bersaiz kecil serta menggunakan plastik sehinggalah berharga RM110 iaitu tanglung yang mencecah saiz sehingga 100 sentimeter.

“Biasanya tanglung akan dibeli sepasang dan harga tanglung bersaiz besar yang menggunakan kain adalah bagi untung dua tanglung bersaiz sama, kepercayaannya adalah benda yang baik datang secara berpasangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya