Harga RON97, diesel naik lima sen bermula 16 hingga 22 Januari

Harga RON97, diesel naik lima sen bermula 16 hingga 22 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi 16 hingga 22 Januari.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga runcit diesel di Sarawak, Sabah dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik sebanyak lima sen seliter daripada RM3.03 seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh sama.

“Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.38 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.08 seliter seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter,” katanya dalam kenyataan.

Kementerian sama turut memaklumkan, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kerajaan juga akan terus memantau perkembangan pasaran serta menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya