Hampir 200 unit kondominium mewah Merdeka Residensi@J-City Kuantan dijual

Hampir 200 unit kondominium mewah Merdeka Residensi@J-City Kuantan dijual

AW YONG Kai Jan (kanan) bersama pengurusan tertinggi JYC Holdings Sdn. Bhd. pada majlis Majlis Pelancaran Rasmi J-City di Galeri Jualan, Wisma Delima di Kuantan, Pahang. - MINGGUAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hampir 200 buah daripada 361 unit kondominium mewah Merdeka Residensi@J-City Kuantan sudah dijual membabitkan harga RM500,000 sehingga lebih RM1 juta.

Pengarah Urusan JYC Holdings Sdn. Bhd., Datuk Aw Yong Kai Jan berkata, syarikat itu meletakkan sasaran baki unit kondominium mewah tersebut habis dijual hujung tahun ini.

“Majoriti pembeli kondominium mewah ini adalah daripada Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pembeli membabitkan pelbagai kaum.

“Sebanyak 40 peratus daripada pembeli adalah dari Kelantan dan Terengganu. Ini kita tidak sangka. Jadi, selepas Tahun Baharu Cina ini kita akan mengadakan siri jelajah ke Kelantan dan Terengganu untuk promosi,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia pada Majlis Pelancaran Rasmi J-City di Galeri Jualan, Wisma Delima di sini.

Kai Jan berkata, bangunan Merdeka Residensi@J-City Kuantan setinggi 32 tingkat dijangka siap sepenuhnya sekitar hujung tahun ini yang pada masa ini sudah 70 peratus siap.

“Selain 361 unit kondominium mewah, kita juga ada ‘sky restoran’ yang boleh memuatkan 800 orang pada satu-satu masa. Ia sesuai jika hendak diadakan makan malam dan majlis perkahwinan.

“Daripada segi parkir tidak perlu bimbang kerana kita ada jumlah parkir mencukupi. Tingkat tiga hingga 10 kawasan parkir,” katanya.

Menurutnya, apartmen ditawarkan bukan sahaja berada di lokasi tengah bandar, malah dikelilingi dengan pelbagai daya tarikan pelancongan dan mercu tanda Kuantan.

“Promosi kita lebih kepada pelaburan. Apabila sudah beli, kita kena sewa balik dalam tempoh tujuh tahun. Kadar sewa itu bukan sahaja membolehkan pembeli membayar rumah dan penyelenggaraan, malah juga boleh memiliki duit poket sekitar RM400 setiap bulan. Lagi mahal harga rumah, lagi tinggi duit poket diperoleh.

“Konsep kita adalah jaminan sewa dengan menandatangani perjanjian sewa, jadi pembeli tidak akan rugi. Harga sewaan kekal untuk tujuh tahun dan selepas tujuh tahun boleh menarik diri atau teruskan perjanjian bergantung kepada pemilik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN