Hakisan: Terengganu perlu lebih proaktif mohon bantuan Pusat 

Hakisan: Terengganu perlu lebih proaktif mohon bantuan Pusat 

AHMAD Razif Abdul Rahman (dua dari kiri) meninjau keadaan terkini hakisan yang berlaku di Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Kerajaan Negeri Terengganu perlu lebih proaktif meminta bantuan kerajaan Pusat untuk menangani masalah hakisan pantai yang semakin meruncing ketika ini.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dalam situasi masalah hakisan yang semakin serius, penting untuk kerajaan negeri berbuat demikian bagi melaksanakan projek penyelesaian jangka masa pendek dan panjang.

“Ia perlu dilakukan segera bagi mengelak kerugian lebih besar melibatkan harta benda penduduk serta industri pelancongan di pantai yang terjejas,” katanya selepas meninjau kawasan hakisan di Mengabang Telipot di sini, semalam.

Sebanyak 34 kawasan pantai dikenal pasti terhakis sepanjang tahun lalu berdasarkan rekod Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu.

Antara yang paling teruk terhakis ketika ini ialah Pantai Mengabang Telipot, Pangkalan Maras dan Kampung Tanjung Batu Rakit yang memusnahkan jalan raya, rumah penduduk, kedai makan dan chalet. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya