Hakisan ‘telan’ daratan, penempatan penduduk

Hakisan ‘telan’ daratan, penempatan penduduk

FENOMENA ombak besar merosakkan rumah penduduk di Kampung Cacar Lama Paka, Dungun Terengganu. – UTUSAN/NIK IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Negeri-negeri Pantai Timur semakin hilang kawasan daratannya apabila garis pantai di Terengganu, Pahang dan Kelantan mengalami hakisan sejauh 175 kilometer (km) sepanjang tahun lalu.

Jarak hakisan itu melibatkan 49 lokasi dengan Terengganu paling banyak terjejas iaitu 34 kawasan sejauh 66.09 km di ikuti Pahang (11 kawasan sejauh 100 km) dan Kelantan empat kawasan (9.2 km).

Data itu adalah berdasarkan pemantauan serta kajian dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ketiga-tiga negeri.

Situasi itu bukan sahaja menyebabkan penyusutan kawasan daratan tetapi menjejaskan keindahan pesisir pantai sebagai lokasi pelancongan, penempatan penduduk dan aktiviti ekonomi.

Di Marang pula, katanya, hakisan berlaku sepanjang enam kilometer, Kemaman (5.59 km), Kuala Terengganu (2.2 km), Dungun (1.33 km) dan Besut (0.9 km).

“Kajian Pelan Pantai Pengurusan Bersepadu pula mengenal pasti enam kawasan mengalami hakisan kritikal iaitu di utara Kuala Besut (Kampung Pengkalan Atap dan Pacakan), Kuala Merang di Setiu (Pantai Telaga Papan) serta Kuala Nerus (Pengkalan Maras dan Mengabang Telipot).

“Dua kawasan lagi ialah di Kuala Terengganu iaitu Muara Sungai Ibai (Kampung Gong Pantai) dan selatan Pelabuhan Chendering serta muara Sungai Paka di Dungun sekitar Kampung Cacar,” katanya.

Enam kawasan tersebut dika­tego­rikan kritikal dengan pengunduran garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi empat meter setahun.

Sementara itu, keindahan 11 kawasan pantai di Pahang yang dahulunya menjadi tumpuan dan tarikan pelancong kini semakin sepi apabila dihakis sedikit demi sedikit sehingga ada rumah serta chalet hilang akibat ‘ditelan’ fenomena alam itu.

Lokasi pantai itu ialah di Cherating, Balok, Teluk Chempedak, Kempadang, Sepat dan Cherok Paloh di daerah Kuantan, Tanjung Batu dan Kampung Merchong di Pekan serta Kuala Rompin, Tanjung Gemok dan Kampung Mukut di Rompin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya