Hakisan Pantai Bisikan Bayu dipulihkan

Hakisan Pantai Bisikan Bayu dipulihkan

MOHD. Roshdi Ismail (dua dari kiri) bersama pemimpin setempat meninjau kemusnahan Pantai Bisikan Bayu, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) sudah mengemukakan pelan tindakan untuk menyelamatkan hakisan yang sedang berlaku di pesisir Pantai Bisikan Bayu, Semerak di sini.

Yang Dipertuanya, Mohd. Roshdi Ismail berkata, kerangka pemulihan itu dilaksanakan secara bersama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Pada masa ini, pemantauan dan tinjauan secara berkala dijalankan sepanjang tempoh dua minggu untuk melihat pergerakan hakisan. Sebagai langkah jangka pendek, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh dan MDPP telah memohon peruntukan di bawah Peruntukan Negeri (P17) bagi pelaksanaan projek pemuliharaan.

“Selain itu, cadangan Projek Pemuliharaan Pantai Bisikan Bayu serta kerja-kerja berkaitan turut diserahkan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Roshdi berkata, MDPP berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kesan hakisan yang sedang berlaku ketika ini dapat dikurangkan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, lebih 30 peniaga warung dan pengusaha keropok di Pantai Bisikan Bayu dan Pantai Pachakan di sini, diselubungi resah apabila mendakwa premis mereka bakal lenyap ditelan hakisan.

Andaian itu berasas apabila jarak pantai dengan premis hanya tinggal 50 meter dan situasi tersebut memberi kesan kepada perniagaan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya