Hakisan: LKIM bantu baik pulih kerosakan rumah nelayan - Utusan Malaysia

Hakisan: LKIM bantu baik pulih kerosakan rumah nelayan

MUHAMMAD Faiz Fadzil (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada anak nelayan pada program Kembali ke Sekolah 2025 anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Petronas di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan membantu nelayan membaik pulih kerosakan rumah mereka yang terjejas akibat hakisan berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda pantai timur ketika ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, bantuan disalurkan melalui peruntukan khas RM10 juta  disediakan kerajaan untuk membantu golongan nelayan menduduki rumah yang lebih selesa.

“Kita lihat jenis kerosakan yang berlaku di rumah nelayan terjejas dan mempunyai dua cara sama ada baik pulih atau bina rumah baharu.

“Buat masa ini, kita tiada data terperinci jumlah rumah nelayan yang terjejas kerana masih dalam proses laporan.

“Peruntukan ini adalah untuk membantu semua nelayan di seluruh negara, tidak kira apa juga bencana yang dialami termasuk rumah yang rosak akibat hakisan juga adalah layak melalui proses penilaian,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah 2025 kepada 100 anak nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Terengganu Utara di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini, seramai 500 anak nelayan mendapat manfaat itu hasil program yang dijalankan di lima PNK dari setiap zon di seluruh negara. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya