Hakisan: Bina struktur timbunan batu besar antara syor lindungi pantai - Utusan Malaysia

Hakisan: Bina struktur timbunan batu besar antara syor lindungi pantai

JALAN Pantai Mengabang Telipot, Kuala Nerus terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana risiko runtuh akibat fenomena ombak besar yang melanda Terengganu ketika ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) permohonan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk kerja-kerja membaik pulih jalan dan langkah pencegahan hakisan yang lebih serius di Kampung Tanjung Batu Rakit, Kuala Nerus, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, permohonan tersebut adalah peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Katanya, kaedah penyelesaian yang dicadangkan ialah untuk membina struktur ‘rock revetment’ atau timbunan bati-batu besar sepanjang 400 meter dengan kelebaran 1.5 meter dari bahu jalan sebagai pelindung pantai daripada hakisan.

“Selain itu, peruntukan tersebut juga adalah untuk membuat pembaikan terhadap jalan sedia ada yang telah rosak.

“Kerja-kerja ini dijangka dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat minggu akan datang, tertakluk kepada kelulusan peruntukan MARRIS dan keadaan semasa ombak akibat Monsun Timur Laut yang masih melanda Terengganu ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanafiah berkata, langkah itu penting bagi memastikan hakisan pantai tidak bertambah buruk dan untuk menjaga keselamatan serta kesejahteraan penduduk Kampung Tanjung.

“Kerajaan negeri juga komited untuk menangani isu-isu berkaitan infrastruktur dan alam sekitar demi memastikan kehidupan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Ketika ini, dua jalan pantai iaitu Jalan Mengabang Telipot (berhampiran Warung Pok Nong) sepanjang 300 meter dan Jalani Pantai Kampung Tanjung Batu Rakit sepanjang 330 meter ditutup sepenuhnya dari semua kenderaan kerana berisiko runtuh akibat hakisan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya