Hafiz Suip dalam proses cerai, sedia lepaskan isteri cara baik

Hafiz Suip dalam proses cerai, sedia lepaskan isteri cara baik

hafiz suip
hafiz suip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Hafiz Suip, membuat pengakuan bahawa dia dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah sedang dalam proses bercerai.

Jelas Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, dia sengaja memilih menyelesaikan isu rumah tangga secara peribadi kerana enggan melibatkan campur tangan pihak luar.

“Kami masih suami isteri buat masa ini cuma dalam proses bercerai. Kami juga sedang berbincang untuk mendapatkan hak penjagaan anak.

“Sekarang solusi saya ialah mahu menyelesaikan ini dengan cara yang baik tiada gangguan daripada pihak yang lain.

“Setakat ini Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cukup saya simpan sendiri perkara ini,” jelasnya.

Hafiz berkata demikian menerusi video tenu ramah satu program hiburan yang tular pada Khamis.

Tambah Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-34 itu lagi, dia enggan merumitman keadaan dan sedia melepaskan seandainya jodoh bersama isteri sudah terakhir.

“Kalau sudah memang tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik.

“Saya tidak mahu rumitkan keadaan, biarlah semuanya selesai cara baik jangan anak-anak jadi mangsa keadaan,” jelasnya.

Terdahulu, desas desus hubungan rumah tangga Hafiz mendapat perhatian apabila penyanyi itu menyahaktif akaun media sosial secara tiba-tiba.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabika gambar Hafiz tidak dimuat naik di akaun media sosial isteri ketika ulang tahun perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5 tahun -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN