Hadir solat Jumaat, peminat beri nama ‘Brother Shawn’ - Utusan Malaysia

Hadir solat Jumaat, peminat beri nama ‘Brother Shawn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Penyanyi dan komposer terkenal, Shawn Mendes, mencuri tumpuan apabila dilihat menghadiri solat Jumaat di Universiti New York, Amerika Syarikat, semalam. 

Menerusi beberapa foto yang tular, penyanyi Treat You Better itu ditemani sahabatnya yang juga penyanyi dan pemuisi, Mustafa Ahmed. 

Menerusi sebuah hantaran pengguna di aplikasi X, dia mengesahkan Shawn berdiri di tengah jemaah dan turut mendengar khutbah.

“Shawn betul-betul  ada di solat Jumaat dan dengar khutbah sampai habis. Betapa bermaknanya semua ini,” tulisnya. 

Beberapa warganet terkejut namun gembira selepas mengetahui penyanyi itu berminat dengan agama Islam sehingga memberi nama baru kepada penyanyi itu seperti ‘Brother Shawn’.

Bagaimanapun, ada juga berpendapat kehadiran Shawn di masjid itu hanyalah sekadar mahu memberi sokongan kepada sahabatnya, Mustafa.

Terdahulu, Shawn mengumumkan berehat daripada dunia hiburan pada Oktober 2024. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya