Hadam, terima titah tuanku - PM

Hadam, terima titah tuanku – PM

ANWAR Ibrahim beramah mesra jemaah semasa solat Jumaat di Surau Muhajirin, Desa Rejang, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak yang mempertikai mengenai hukuman yang dilalui oleh banduan tertentu diminta untuk memahami dan menerima kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak yang berkaitan perlu memahami dan menerima titah mengenai pengampunan untuk banduan.

“Kena baca, kena hadam dan kena terima perintah (serta) titah tuanku,” katanya semasa ditemui pemberita, di sini.

Terdahulu, Anwar mengadakan lawatan ke Lestari Niaga Madani@KL 2 dan menikmati makan tengah hari di Pusat Penjaja Seksyen 10 Wangsa Maju sebelum menunaikan Solat Jumaat di Surau Muhajirin, Desa Rejang.

Anwar turut diringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa semasa beramah mesra dengan peniaga di kawasan tersebut.

Terdahulu, Istana Negara melalui kenyataannya berkata, permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh berkenaan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Juster itu, Istana Negara semua pihak diingatkan untuk menghormati Perlembagaan dan undang-undang ditetapkan.

Kata kenyataan itu, Seri Paduka mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya