Had laju semua Jalan Persekutuan diturun 80km/j sempena Tahun Baru Cina

Had laju semua Jalan Persekutuan diturun 80km/j sempena Tahun Baru Cina

Pelabuhan Klang
ALEXANDER Nanta Linggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan terus melaksanakan Op Bersepadu selama enam hari bermula esok hingga 2 Februari ini sebagai langkah membantu kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagi meminimumkan risiko kemalangan jalan raya, KKR akan mewartakan penurunan had laju daripada 90km/j kepada 80km/j di semua Jalan Persekutuan sepanjang tempoh enam hari tersebut.

“Selain itu, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara agar tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tempoh tersebut. Kerja-kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang dengan sebaiknya.

“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan agar tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi yang dituju.

“Bagi memastikan kelancaran lebuh raya, pada 16 Januari lalu, saya telah mengeluarkan arahan kepada syarikat projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) untuk menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Januari hingga 3 Februari ini,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Op Bersepadu dilaksanakan secara bersama melibatkan agensi-agensi penguat kuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Alexander berkata, semua pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan diri dan penumpang serta keselamatan dan keselesaan pengguna yang lain.

“Anggap lah pengguna jalan raya lain sebagai ahli keluarga kita atau ahli keluarga besar Malaysia Madani,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya