Guru tadika terpedaya tawaran kerja tidak wujud

Guru tadika terpedaya tawaran kerja tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang juga guru tadika, berputih mata apabila mengalami kerugian lebih RM30,000 akibat terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 28 tahun itu tertarik dengan iklan kerja sambilan itu ketika melayari media sosial Facebook, Rabu lalu.

Beliau berkata, mangsa mendakwa tawaran kerja sambilan itu menawarkan bayaran komisen yang tinggi dengan melakukan yang tugas mudah.

“Mangsa yang berminat dengan pekerjaan tersebut telah menekan dua pautan yang disediakan sebelum diberikan nombor akaun bank bagi membuat bayaran.

“Mangsa dijanjikan akan mendapat pulangan semula dan deposit akan dikembalikan bersama dengan komisen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Raub, mangsa telah melakukan 11 transaksi pembayaran berjumlah RM32,039 dalam tiga akaun bank tempatan berbeza, pada Rabu dan Khamis lalu.

“Walaupun hanya menerima komisen sebanyak RM1,280, mangsa masih diminta untuk membuat pembayaran tambahan,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu setelah gagal mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan.

Tambahnya, wanita berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Setia Indah, di sini semalam.

“Hasil semakan mendapati satu akaun bank yang digunakan dalam transaksi berkenaan mempunyai satu rekod penipuan lampau,” ujarnya yang memberitahu siasatan dibuka bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya