GRS tidak mungkin kalah PRN17 - Hajiji

GRS tidak mungkin kalah PRN17 – Hajiji

HAJIJI Noor (tiga kanan) bersama-sama barisan pemimpin GRS pada program Jelajah Sayangi Sabah di Keningau semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengulangi pendirian bahawa strategi politik yang terbaik adalah menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata, negeri ini mesti bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan usaha menuntut hak-hak Sabah dapat diteruskan.

“Dalam kita berpolitik kita mesti ada strategi. Kita kena baik juga dengan Persekutuan. Kita dalam negara Malaysia, negeri mesti kerjasama dengan Persekutuan. Kita mesti belajar apa berlaku pada masa lalu apabila kita tidak kerjasama dengan Persekutuan apa jadi pada waktu itu, kita kena belajar pengalaman lalu.

“Malaysia negara kita dan Sabah negeri kita, saya setuju kita mesti jaga Sabah sebagai rumah kita, tapi kita mesti bersama dengan Kerajaan Persekutuan supaya kita dapat tuntut apa yang menjadi hak kita,” katanya semasa Program Jelajah Sayangi Sabah zon enam di Dataran Keningau, semalam.

Mengulas lanjut katanya, beliau yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai lapan parti itu tidak mungkin akan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, beliau meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa gabungan yang menghimpunkan lapan parti tempatan itu cukup mantap untuk berhadapan dengan pihak lawan.

“Kalau lapan parti sudah bergabung ini, saya tidak percaya kita boleh kalah pada PRN nanti, tidak mungkin. Dengan kejayaan dan pencapaian kita empat tahun ini tidak mungkin kita gagal pada PRN ini.

“Apa yang penting kita bersatu hati. Walaupun berlainan pandangan, kita raikan dan hormati. Tapi apabila buat keputusan, kita satu hati kerana itulah yang akan membawa kejayaan kepada kita pada PRN akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya