Golongan belia perlu benci rasuah, salah guna kuasa - Anwar

Golongan belia perlu benci rasuah, salah guna kuasa – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia Kali Ke-73 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Golongan belia di Malaysia harus menerapkan perasaan benci terhadap gejala rasuah dan penyelewengan salah guna kuasa demi masa depan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan belia yang benci terhadap gejala rasuah dan senang dengan usaha membela nasib rakyat amat diperlukan oleh negara ini.

Kata beliau, golongan muda perlu memilih sama ada untuk menyelamatkan negara dan bangsa tercinta atau menjadi jaguh mengenai isu remeh-temeh.

Malah, tegasnya, golongan belia perlu menumpukan usaha kepada isu-isu yang membebani rakyat yang sedang menanti pembelaan.

“Rakyat yang merempat masih banyak, mutu pendidikan semuanya masih belum selesai, anak-anak muda di desa atau pedalaman yang belum mendapat pembelaan. Tumpu dalam soal-soal ini, bangunkan negara kita.

“Tidak perlu sibuk soal remeh-temeh (dan) mempertahankan penyelewengan. Saya singgung orang-orang besar yang billioner (kerana terlibat) rasuah (tetapi) banyak suara atas nama Melayu (serta) Islam mempertahankan tauke-tauke besar dengan memarahi saya,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia ke-73, di sini.

Mengulas lanjut, Anwar mempertahankan tindakannya untuk memerangi rasuah walaupun terus dikritik dan diserang.

“(Mereka kata) dendam kesumat, dendam apa? Kamu curi berbilion (sepatutnya) bagi balik pada rakyat. 

“Ada orang mempunyai kekayaan luar negara (yang) berlimpah (yang disimpan) di bank-bank luar negara, (sebab itu) saya kata bayarlah balik kepada rakyat, cukai, pendapatan (dan) kekayaannya yang melimpah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau yakin dengan suara dan keupayaan anak muda untuk menjamin masa depan negara.

“Saudara kena fokus soal ini bahawa saudara adalah suara dan juru bicara yang nak mempertahankan kebenaran serta keadilan (untuk) membela nasib rakyat.

“Suara derita yang majoriti ramai itu harus dibela, bukan beberapa kerat (orang). Saya harap ada perubahan dalam negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya