Geran laksana program dibawah PERANTIS

Geran laksana program dibawah PERANTIS

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin wanita yang menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini akan diberikan geran bagi melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, setakat ini sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai program berkenaan tahun ini.

Menurutnya, menerusi program itu, ia dapat merapatkan jurang antara jantina yang ketara dalam kepimpinan.

“Walaupun wanita cemerlang dalam bidang akademik, kejayaan ini masih belum diterjemahkan kepada kepimpinan ekonomi dan politik malah peratusan pencapaian masih kekal rendah secara tidak seimbang.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mengubah trend itu, dengan menyediakan bimbingan, sumber dan platform untuk pemimpin wanita terus berkembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi inisiatif Belanjawan 2025, KPWKM menerima peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan PERANTIS 2025 dan berdasarkan jumlah tersebut, seramai 5,000 peserta dijangka menerima manfaat dan akan dibimbing oleh 100 orang tokoh wanita PERANTIS.

Nancy berkata dengan melabur dalam inisiatif seperti PERANTIS, kita meletakkan asas dan mewujudkan persekitaran untuk masa depan, bagi membolehkan wanita memimpin dengan kekuatan, ketabahan dan inovasi.

“Produk paling berharga yang dihasilkan bukanlah bersifat material, tetapi pemimpin yang memberi inspirasi, memacu perubahan dan meningkatkan komuniti mereka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya