Gaza masih perlukan sokongan berterusan semua pihak

Gaza masih perlukan sokongan berterusan semua pihak – Nurul Izzah

nurul izzah
NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun gencatan senjata telah diumumkan, namun wilayah Gaza di Palestin masih memerlukan sokongan berterusan.

Penasihat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), Nurul Izzah Anwar berkata, pengumuman gencatan senjata itu sudah tentu memberikan harapan baharu untuk keamanan dan kestabilan di wilayah berkonflik itu.

Tetapi katanya, sokongan berterusan diperlukan untuk memastikan gencatan senjata yang diumumkan itu menjadi asas bagi Palestin yang adil dan merdeka.
“Pengumuman gencatan senjata ini memberikan sinar harapan baharu, membuka ruang untuk proses pemulihan dan pembinaan semula dimulakan tanpa berlengah.
“Ketika kita merenung kembali 15 bulan penderitaan yang dilalui rakyat Gaza, kita mesti teguh dalam harapan bahawa gencatan senjata yang rapuh ini adalah permulaan baharu.
“Ini bukan hanya detik untuk berdiam diri, tetapi juga peluang menuntut keamanan yang sebenar dan berpanjangan bagi satu keamanan yang mana pendudukan berakhir, nyawa Palestin tidak lagi menjadi angka statistik dan keadilan tertegak,” kata dalam satu kenyataan.
Israel dan Hamas bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula Ahad ini untuk menghentikan perang selama 15 bulan yang dahsyat di Gaza.
Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak 7 Oktober 2023.
Antara rancangan gencatan senjata itu adalah Israel akan memperoleh semula kira-kira 100 tebusan dan mayat termasuk pengunduran tentera Israel secara beransur-ansur dari tengah Gaza dan pemulangan penduduk Palestin yang dipindahkan ke utara daerah itu. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya