Ganjaran RM80,000 suntik semangat pasukan catur para Negeri Sembilan

Ganjaran RM80,000 suntik semangat pasukan catur para Negeri Sembilan

SITI SAFURA Jaafar (berkerusi roda, kanan) bergambar bersama pasukan catur para selepas Majlis Penyampaian Insentif Hadiah Kemenangan Atlet dan Pegawai Kontinjen Negeri Sembilan bagi Kejohanan Para Sukma ke-21 2024 di Seremban. - UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pasukan catur para Sukan Malaysia (Sukma) Negeri Sembilan berharap dapat meneruskan momentum kejayaan untuk bersaing dalam kejohanan di Selangor tahun depan.

Ketua Pasukan Catur Para Negeri Sembilan, Siti Safura Jaafar berkata, kejayaan meraih dua pingat emas, lapan perak  dan lapan  gangsa (8) pada Para SUKMA ke-21 di Sarawak, September tahun lalu memberi inspirasi kepada pasukan itu untuk meraih kejayaan lebih besar.

Katanya, pasukan itu telah meraih 18 pingat daripada 24 acara catur yang dipertandingkan dalam kejohanan tersebut.

“Kejayaan itu membolehkan Negeri Sembilan menduduki tangga ketiga di belakang Perak dan Johor dalam pungutan pingat.

“Kami berazam untuk memperbaiki kedudukan ini dalam kejohanan di Selangor tahun depan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Insentif Hadiah Kemenangan Atlet dan Pegawai Kontinjen Negeri Sembilan bagi Kejohanan Para Sukma ke-21 2024 di sini.

Pada majlis itu, pasukan berkenaan dengan 13 pemain telah menerima ganjaran keseluruhan paling besar iaitu RM80,000 daripada kerajaan negeri. 

Pemenang pingat emas menerima sebanyak RM6,000, RM3,500 (perak) dan RM2,500 (gangsa).

Siti Safura berkata, pasukan itu yakin dapat mencatat kejayaan lebih besar hasil bimbingan jurulatih Abdul Rauf Deraman dan Muhammad Ali Asghar dibantu pemain berkebolehan, Mohamed Johar Johari.

Jelasnya, pasukan itu hanya meraih empat pingat perak pada kejohanan edisi ke-20 lalu.

“Kami telah mula merangka program dan latihan mulai sekarang sesuai dengan momentum kejayaan pada para Sukma ke-21,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya