Ganjaran besar benarkan suami kahwin lagi

Ganjaran besar benarkan suami kahwin lagi

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ganjaran besar benarkan suami
kahwin lagi

Soalan
Saya ingin kepastian betulkah ada nas si isteri pertama memperoleh payung emas di syurga jika membenarkan si suami berkahwin lain? Apa maksud payung emas ketika di syurga itu?

Sharifah
Johor

JAWAPAN
Tidak sabit hadis payung emas bagi wanita yang membenarkan suaminya berkahwin lain. Namun, insya-Allah pahala tetap besar di atas kesabaran isteri yang mengizinkan.

 

Ingin tahu maksud istidraj

Soalan
Saya keliru macam mana yang dikatakan istidraj? Bagaimana kita sebagai Muslim dapatkan bezakan kita dalam keadaan istidraj atau diberi nikmat?

Hakimi
Klang

JAWAPAN
Istidraj adalah keadaan seseorang itu mendapat nikmat seperti kekayaan namun sedikit tidak mendekatkan dirinya kepada Allah Taala.

Dilarang cium batu nisan semasa ziarah kubur

Soalan
Apakah amalan-amalan yang dilarang atau diharuskan apabila kita ziarah kubur?

Ramlah
Kodiang

JAWAPAN
Amalan yang terlarang ketika menziarahi kubur adalah memijak kubur, tawaf di kubur dan mencium batu nisan. Ada pun kita diharuskan seperti berdoa dan membaca al-Quran.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya