SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah yang berkeliaran di Kampung Payong di sini, petang semalam.
Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, gajah jantan dewasa itu ditangkap kira-kira pukul 4.30 petang berhampiran kebun getah.
“Kita menerima laporan berhubung kehadiran haiwan itu pada pagi semalam dan susulan itu, satu operasi mengesan haiwan liar terbabit dilaksanakan. Gajah tersebut ditangkap dalam tempoh 24 jam dan kini dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya di sini hari ini.
Katanya, gajah tersebut adalah gajah pertama yang ditangkap di Terengganu pada tahun ini.
Sementara itu, seorang penduduk Rahman Harun, 53, melahirkan rasa lega selepas haiwan itu itangkap pihak Perhilitan. – UTUSAN