Fokus sedia rumah atasi miskin bandar

Fokus sedia rumah atasi miskin bandar

AZIZUL Kamaredzuan Azizul Akimi (dua dari kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada  seorang daripada 35 peserta pada Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tumpuan kepada aspek penyediaan rumah sebagai salah satu usaha mengurangkan bilangan miskin bandar pada tahun ini.

Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, Azizul Kamaredzuan Azizul Akimi berkata, penyediaan itu membantu mengurangkan beban sekali gus membolehkan golongan sasar  memulakan langkah untuk meningkatkan pendapatan.

“Malah lebihan daripada pendapatan dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak dan membantu keluarga,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di sebuah hotel, di sini hari ini.

Azizul Kamaredzuan berkata, melalui usaha bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan agensi-agensi kerajaan lain, KPKT menyediakan program baik pulih rumah dan membina rumah bagi golongan miskin bandar serta penyediaan kediaman melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) bagi mereka yang tidak memiliki tanah sendiri.

“Kerajaan negeri pula berperanan untuk memilih penduduk daripada golongan B40 di kawasan bandar yang layak sebagai penerima. Program-program penyediaan rumah  ini akan berlangsung sepanjang tahun bersekali dengan PEKB yang merupakan salah satu usaha menambah pendapatan keluarga miskin bandar,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya