Fokus bantu IPTA perbaiki liputan internet - Utusan Malaysia

Fokus bantu IPTA perbaiki liputan internet

MUSTAPHA Sakmud bersalam dengan pelajar semasa lawatan kerja dan sesi dialog di Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Fokus akan diberikan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai tahap capaian internet yang rendah menerusi peruntukan sebanyak RM668 juta bagi menaik taraf kemudahan WiFi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pihak kementerian juga sebelum ini telah menjalankan kajian dan mengemukakan lokasi-lokasi universiti yang perlu dipertingkatkan capaian Internet.

Beliau berkata, ada universiti yang hanya mempunyai liputan Internet sekitar 60 peratus selain kewujudan lokasi-lokasi titik buta yang menyukarkan mahasiswa mendapat akses Internet.

“Ada yang hampir mencapai 90 peratus, tapi penekanan kita adalah kepada yang 60 peratus,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja dan sesi dialog bersama pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini.

Terdahulu dilaporkan kerajaan memperuntukkan RM668 juta bagi menggantikan dan menambah baik kemudahan WiFi di 23 buah IPTA dengan fasa pertama bermula 5 Februari ini melibatkan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Selain itu, Mustapha berkata satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menangani kemerosotan bilangan pelajar yang melanjutkan dalam bidang sains, teknologi dan matematik (STEM).

“Kita mahu melahirkan bakat-bakat terbaik dalam STEM. Ia penting sebab sekarang kita bercakap tentang teknologi, jadi kita perlukan pelajar-pelajar yang berkualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya