Firash tiba-tiba jadi sangat manja, mahu tidur sebantal - ibu 

Firash tiba-tiba jadi sangat manja, mahu tidur sebantal – ibu 

Nuradila Azhar menunjukkan gambar dan bantal busuk kesayangan Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HSB, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kanak-kanak autisme berusia tujuh tahun ditemukan di tebing Sungai Kedah dipercayai lemas menunjukkan perubahan sikapnya sejak bulan lalu apabila tiba-tiba  terlalu manja dengan ibunya. 

Menurut ibu mangsa, Nuradila Azhar, 38, Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle juga tidak lagi menghiraukan telefon yang selalu dipegangnya seperti selalu sebaliknya bermain dengan adik beradiknya yang lain.

“Saya memang terasa perubahan sikap Firash itu sejak sebulan lepas. Bila malam dia nak tidur sebantal dengan saya tidak seperti selalu dia akan tidur berasingan. Saya pun rasa berdebar-debar dan tertanya-tanya apatah lagi dia juga tidak mahu bermain dengan telefonnya lagi.

“Saya cuba memikirkan yang baik-baik sahaja kemungkinan perubahan sikap itu adalah kerana dia sudah semakin meningkat usia,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Mayat kanak-kanak autisme yang dilaporkan hilang semalam itu ditemukan di tebing Sungai Kedah kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tunku Tabor Jalan Gangsa dekat sini dipercayai lemas dan ditemukan anggota polis yang melakukan operasi mencari di sungai tersebut pada 8.12 pagi.

Mengenai kejadian lemas itu, Nuradila, berkata dia menyedari kehilangan anak bongsu daripada empat beradik ini kira-kira pukul 5 petang sebelum menemukan pakaian dan lampinnya di dalam longkang depan rumah mereka. 

“Saya dan suami, Muhammad Hafeez Ansle Abdullah, 37, reda dengan pemergiannya. Pagi ini saya dapat lihat semula anak syurga saya dan selepas membuat pengecaman tadi, nampak dia tenang sahaja walaupun ada sedikit luka pada perut dan mukanya, mungkin terjatuh terkena tebing sungai itu.

“Dia anak syurga meninggal hari Jumaat dan lemas. Orang kata mati lemas adalah syahid. Kami bersyukur kerana Allah mudahkan semuanya,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya