Fattah Amin hanya berkawan dengan Amira Othman, minta doa baik-baik - Utusan Malaysia

Fattah Amin hanya berkawan dengan Amira Othman, minta doa baik-baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin hanya berkawan baik dengan penyanyi, Amira Othman sekali gus menafikan khabar angin mereka sedang menjalin hubungan istimewa.

Fattah atau Abdul Fattah Bin Mohd Amin, 34, mengakui jadual sehariannya begitu sibuk sehingga tiada masa memikirkan soal jodoh.

“Kami berkawan, hari itu pun saya ada jumpa Amira di konsert Datuk Siti Nurhaliza. Itu sahaja yang saya boleh komen.

“Seperti saya cakap sebelum ini, doa sahajalah yang baik-baik. Saya berkawan dengan semua orang, kalau ada peminat atau sesiapa mendoakan benda baik-baik, saya turut aminkan.

“Tapi kalau berkenaan jodoh, saya tidak mahu cakap lebih. Kita hanya boleh berdoa,” katanya menerusi satu temu ramah bersama program hiburan.

Pelakon Panglima Awang itu turut menjelaskan tanda pagar ‘Hati-Hati’ yang menjadi spekulasi kononnya dikaitkan dengan lagu Amira Otman, tidak membawa maksud tertentu.

“Tanda pagar #hatihati itu sebenarnya sudah lama saya guna tidak membawa maksud apa-apa.

“Tapi jika ada pihak yang mentafsirkan sesuatu, terpulang kepada mereka. Pemahaman saya hanyalah hashtag itu kena dengan video yang dimuat naik,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya