Fatimah terlalu rindu, mimpi saya beberapa malam - Fattah Amin - Utusan Malaysia

Fatimah terlalu rindu, mimpi saya beberapa malam – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, tersentuh mendengar luahan hati anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, yang terlalu merinduinya sehingga terbawa ke dalam mimpi.

Kongsi Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia tidak dapat memenuhi hasrat Fatimah untuk bertemu lebih kerap kerana harus akur kepada jadual dan tarikh lawatan seperti ditetapkan.

“Saya ada bertemu Fatimah tempoh hari, dia cakap sayangkan daddy dan mummy. Cuma dia baru empat tahun, belum faham keadaan sebenar.

“Dia ada cakap sedih sebab rindukan saya. Sudah beberapa malam dia mimpikan saya. Itu yang buat saya tersentuh.

“Dia mahu bertemu saya waktu itu juga, tapi dia tidak faham bahawa ada jadual lawatan yang sudah ditetapkan,” katanya.

Fatta ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran butik Amber yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fattah turut menafikan spekulasi kononnya dia enggan bertemu Fatimah kerana terlalu sibuk menguruskan kerjaya.

“Ada juga yang kata kesibukkan menjadi punca saya tidak luangkan masa dengan Fatimah. Itu tidak benar. Saya sentiasa cari masa untuk anak saya sebab itu tanggungjawab seorang bapa.

“Khabar angin itu tidak benar kerana jadual bermalam sudah ditetapkan. Tiada istilah sibuk menyebabkan saya tidak luangkan masa dengan Fatimah.

“Sebulan saya boleh bermalam empat kali, melawat pula tiga kali seminggu. Memang tidak cukup sebab saya dan Fatimah sangat rapat. Cuma keadaan sudah tidak lagi sama jika dibandingkan dengan dulu.

“Apa yang penting ialah keselesaan Fatimah. Walau tidak bersama, saya tidak mahu dia rasa kehilangan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah menjadi wajah rakan strategik butik Amber iaitu sebuah jenama di bawah Usanita Sdn Bhd menumpukan pada produk kecantikan dan fesyen.

Selain Fattah pelakon lain yang turut terpilih ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Aina Abdul dan Nora Danish. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya