Farid Kamil buat perangai? - Utusan Malaysia

Farid Kamil buat perangai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga tidak faham juga mengapa pelakon yang seorang ini tiba-tiba hendak buat perangai pelik-pelik. Cik  Bunga merujuk kepada satu isu di mana kononnya Farid Kamil rupanya bergaduh dengan penerbit filem Bisikan Dosa yang baharu sahaja menjengah pawagam Khamis lalu. 

Bisikan Dosa menyaksikan Farid membintangi filem itu bersama Che Puan Juliana Evans, Uqasha Senrose, Sara Ali dan Sherry Merlis. Terus-terang, Cik Bunga sendiri turun padang semasa majlis tayangan perdana filem itu diadakan baru-baru ini. 

Boleh dikatakan semua barisan artis turun sama untuk mempromosikan filem tersebut pada majlis berkenaan, tetapi batang hidung Farid tidak nampak pula.

Mulanya, Cik Bunga fikir mungkin Farid lambat sikit sampai sebab jalan sesak dan sebagainya. Tambahan pula Kuala Lumpur sekarang kerap juga dilanda hujan lebat. 

Hujung-hujung memang tak datang rupanya Farid. Cik Bunga peliklah sebab promosi filem patutnya datanglah semua artis. Rupa-rupanya ada cerita lain di sebaliknya. 

Dengar cerita, Farid ada perasaan bengang dengan penerbit filem berkenaan. Tapi tidak pasti pula marahnya itu berkenaan apa. Cuma, apabila jadi begitu, ia juga menjawab mengapa Farid tidak bantu mempromosikan filem berkenaan di media sosialnya. 

Aduhai, susah juga begini sebab sudah memang tugas pelakon, setiap naskhah yang dibintangi kenalah sama-sama bantu promosikan dengan peminat dan pengikut. Tak begitu?

Harapnya Farid dapatlah jelaskan apa yang terjadi. Takut susah pula hendak cari makan selepas ini sebab orang takut Farid tidak boleh berikan komitmen. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya