Fadhli mohon maaf tanya soalan ‘susah’ pada Kor Ming

Fadhli mohon maaf tanya soalan ‘susah’ pada Kor Ming

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pas memohon maaf secara sinis kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming kerana mengajukan soalan yang sukar untuk dijawab olehnya.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pada tahun lalu beliau sudah bertanya kepada Kor Ming berhubung perjuangan mendiang datuk kepada pemimpin itu yang dinyatakan sendiri sebagai prajurit.

Bagaimanapun, kata beliau, soalannya berhubung di mana datuk kepada Kor Ming berjuang tidak dijawab.

“Jadi, saya simpulkan bahawa soalan saya itu susah untuk dijawab. Susah boleh jadi kerana data perjuangan datuknya hilang semasa pertempuran hebat menentang penjajah, atau butiran penting itu tidak disimpan di negara ini dan ada di negara lain, itu kita tidak pasti.

“Saya mohon maaf kepada YB (Yang Berhormat) Menteri kerana mengutarakan soalan yang susah itu. Minta maaf kerana menyusahkan YB Menteri.,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Terdahulu, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan kedudukan mendiang datuk Kor Ming yang berjuang semasa Perang Dunia Kedua.

“Melihat kepada bahasa kamu yang agak celupar kebelakangan ini, saya ingin bertanya sekali lagi, di sebelah mana datuk kamu berjuang dahulu ketika Perang Dunia Kedua? 

“Sudah tentu ada bukti rekod perkhidmatan dan lain-lain,” katanya merujuk kepada ciapan pemimpin DAP itu di platform X pada 16 Ogos 2019.

Dalam pada itu, Fadhli turut meminta Kor Ming memastikan semua perayaan di negara ini dapat disambut di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti yang dilakukan untuk perayaan Krismas.

“Mungkin juga termasuk perayaan Hari Raya Korban dan memanggil ahli-ahli Parlimen parti YB Menteri (yang) beragama Hindu untuk turut hadir memeriahkan, boleh jadi juga. Itu jangkaan saya, bukan cadangan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu untuk menjaga tutur kata dan tidak lagi menggunakan terma-terma Islam untuk 2025.

“Tidak perlu menggunakan terma-terma berkaitan Islam sekiranya ia lari dari maksud sebenar seperti ‘hadis Nabi’, ‘zakat’ dan juga ‘ajaran sesat’. Dapatkan nasihat dahulu dari kawan-kawan parti sebelah sekiranya sangat perlu ia digunakan.

“Jangan melabel parti orang lain sebagai sesat jika YB Menteri tiada pengetahuan tentangnya,” ujarya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya