Erra Fazira tersipu malu nama Mr.E dipetik - Utusan Malaysia

Erra Fazira tersipu malu nama Mr.E dipetik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak mengiyakan mahupun menidakkan khabar angin, penyanyi, Erra Fazira hanya tersipu malu apabila disakat tentang jejaka yang dikenali sebagai Mr.E ketika menghadiri konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.

Malah, pemilik nama lengkap Fazira Wan Chek, 51, itu dilihat tenang mengunci mulut meskipun diasak pelbagai soalan mengenai lelaki yang berjaya memikat hatinya oleh pengacara program realiti tersebut, Nabil Ahmad.

“Kenapa tiba-tiba nak tanya tentang kuih? Nabil salah, sayalah Miss E,” katanya.

Difahamkan, kehadiran penyanyi itu di acara tersebut bagi mempromosikan program terbaharunya, Borak Seeni yang turut dikendalikan bersama, Haziq Hussni.

Erra berkata demikian susulan kisah peribadinya mula menjadi sorotan ramai selepas memuat naik ucapan manis buat seseorang di Instagram Story, baru-baru ini.

Penyanyi Jendela Hati itu turut berkongsi gambar gelap yang menampakkan sosok tubuh seorang lelaki dan perempuan sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hatinya sudah dimiliki seseorang.

Bahkan, ada juga yang mendakwa Mr.E yang berjaya menambat hati penyanyi itu adalah Ezwan Zain, 44, yang merupakan seorang usahawan dan pemilik sebuah kafe kuih yang terkenal di Lembah Klang.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Ezwan turut memuat naik fotonya ketika makan malam bersama penyanyi lagu Jendela Hati itu di Instagram Story sempena sambutan tahun baharu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya