Epic Berhad raih kontak lima tahun dari Petronas

Epic Berhad raih kontak lima tahun dari Petronas

MUHTAR SUHAILI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) melalui anak syarikatnya EPIC OG Sdn. Bhd. (EOGSB) meraih kontrak selama lima tahun daripada Petronas untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pentauliahan dan pengubahsuaian bagi Pakej A2 berkuat kuasa hingga September 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Muhtar Suhaili berkata, kontrak itu juga merangkumi perkhidmatan penyambungan dan pentauliahan bagi pakej sama.

“Kontrak tersebut memperkukuh lagi kedudukan Epic OG sebagai penyedia perkhidmatan diyakini yang berperanan dalam menyokong kemapanan aset dan kecekapan operasi Petronas Carigali di Semenanjung Malaysia untuk memenuhi keperluan tenaga semasa serta masa depan.

“Kontrak ini berkuat kuasa hingga September 2029 dengan pilihan lanjutan selama tiga tahun, diikuti dua tahun tambahan sekali gus meletakkan EOGSB dalam kedudukan strategik untuk pertumbuhan mapan dan kerjasama jangka panjang dalam sektor minyak serta gas negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

EOGSB memiliki rekod prestasi  cemerlang dalam mengendalikan projek penyelenggaraan minyak dan gas berskala besar serta kompleks selama ini. Sebelum ini, syarikat itu dianugerahkan kontrak penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian Pan Malaysia bagi Pakej B2 oleh ExxonMobil Exploration and Production Malaysia.

Beliau berkata, syarikat berbangga dengan pencapaian itu yang menunjukkan komitmen  dalam menyediakan perkhidmatan berkelas tinggi dalam sektor minyak dan gas.

“Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai salah satu peneraju dalam industri tenaga di Malaysia, tetapi sejajar dengan matlamat untuk menjana pertumbuhan lestari dan menjalin kerjasama jangka panjang bagi menyokong keperluan tenaga negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya