EPIC Berhad bantu 300 murid kurang berkemampuan 

EPIC Berhad bantu 300 murid kurang berkemampuan 

RAZALI Idris (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan  baucar kepada seorang murid pada program Kembali Ke Sekolah EPIC 2025  di Teluk Kalong, Kemaman, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) memperuntukkan kira-kira RM75,000 untuk program Kembali Ke Sekolah EPIC 2025 yang memanfaatkan 300 murid kurang berkemampuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Dr. Ts. Muhtar Suhaili berkata, program itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan yang bertujuan membantu menyediakan keperluan asas kepada murid-murid kurang bernasib baik bagi menghadapi sesi persekolahan baharu sekali gus meringankan beban keluarga mereka. 

“Usaha ini seiring dengan komitmen EPIC Berhad dalam memperkasa sektor pendidikan sebagai asas kepada pembentukan masa depan generasi muda,” katanya pada program itu di Teluk Kalong, di sini yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris. 

Mukhtar berkata, setiap murid  menerima baucar persiapan sekolah bernilai RM200. 

“Setakat ini, kita telah agihkan bantuan ini kepada 200 murid melalui dua siri program iaitu siri pertama di Kuala Terengganu dan siri kedua di Kemaman. Insya-Allah, selepas ini kita akan adakan program di Jabi, Besut melibatkan 100 lagi murid,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya