Enam pemain B-23 Perak sertai skuad senior - Utusan Malaysia

Enam pemain B-23 Perak sertai skuad senior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam pemain skuad Bawah 23 Perak dinaikkan ke pasukan Liga Super Perak FC.

Mereka ialah Ahmad Daniel Hakimi Ahmad Azmil, Hafizy Daniel Mohamad Termizi, ⁠Muhammad Farris Izdiham Awang Kecik, M⁠uhamad Afifin Arfa Fakhri ⁠Akmal Hazim Ismail dan Muhammad Fadhil Mohammad Azmi.

Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd Yusri Che Lah berkata, tindakan itu bagi mengisi kekurangan pemain dalam pasukan utama ketika ini.

Perak FC kekurangan pemain berikutan penamatan kontrak tiga impot iaitu Lee Tea Min, Jasper Nyholm dan Luka Milunovic.

“Kehadiran enam pemain itu dapat menampung masalah kekurangan pemain yang dihadapi pasukan terutama apabila berlaku kecederaan dan penggantungan,” katanya ketika dihubungi.

Jurulatih itu berkata, pasukan itu masih dicengkam masalah kerana dua impot, Luciano Guaycochea dan Clayton Da Silva belum cergas sepenuhnya.

Katanya, kedua-dua pemain tidak beraksi sepenuh masa setakat ini kerana bimbang kecederaan mereka bertambah buruk. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya