Enam negeri alami hujan berterusan mulai Jumaat

Enam negeri alami hujan berterusan mulai Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam negeri dijangka mengalami hujan berterusan berstatus waspada selama tiga hari bermula Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kemaskini terbaharunya mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan berstatus waspada bagi Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.

Berdasarkan kemaskini itu, hujan berterusan dijangka melanda empat daerah di Terengganu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Di Pahang pula, daerah dijangka terjejas adalah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Di Negeri Sembilan pula membabitkan daerah Kuala Pilah, Jempol dan Tampin manakala seluruh negeri Melaka dan Johor akan mengalami cuaca sama.

Di Sarawak pula daerah dijangka terjejas adala Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN