Empat warga Myanmar ditahan jalankan pusat hiburan tanpa lesen 

Empat warga Myanmar ditahan jalankan pusat hiburan tanpa lesen 

M. KUMARASAN (tengah) menunjukkan pelbagai minuman keras dan barangan yang dirampas di sebuah pusat hiburan tanpa lesen dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini.-UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Empat warga Myanmar ditahan kerana mengendalikan sebuah pusat hiburan tanpa lesen di Taman Bestari Jaya, Skudai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, mereka yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 30 tahun itu  ditahan pada 6 Januari lalu di pusat hiburan yang beroperasi sejak dua bulan lalu itu.

“Modus operandi digunakan adalah menjalankan pusat hiburan tanpa lesen di unit rumah kedai dengan sasaran pelanggan terdiri daripada warganegara asing dengan majoritinya Myanmar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Kata beliau, Dalam operasi berkenaan, pihak polis turut merampas 28 karton dan 15 tin arak pelbagai jenama, masing-masing sebuah televisyen, speaker dan amplifier, dua mikrofon tanpa wayar dan wang tunai RM220.

Semua suspek kini ditahan reman selama 14 hari sejak hingga 20 Januari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,  Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya