Empat rumah rosak akibat hakisan

Empat rumah rosak akibat hakisan

AZNAN Tamin meninjau rumah penduduk di pesisir Pekan Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor yang terjejas akibat hakisan berikutan fenomena air pasang dan angin kencang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 12 orang daripada empat buah keluarga di Pekan Sungai Rengit, dekat sini yang terjejas akibat hakisan ombak akan dipindahkan di penempatan sementara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin berkata, tindakan itu bagi memastikan keselamatan keluarga tersebut terutama dalam keadaan cuaca buruk ketika ini.

“Pada masa ini kita rancang untuk mereka ini dipindah ke penempatan sementara kerana kita tidak dapat jangka bila berlaku keadaan ombak besar dan angin kuat ini lagi.

“Jadi, kita keluarkan dahulu penduduk untuk keselamatan mereka, setakat ini terdapat empat buat rumah terkesan dengan keadaan tersebut di Sungai Rengit ini,” katanya selepas meninjau hakisan pantai di pekan Sungai Rengit, di sini hari ini.

Aznan berkata, hakisan pantai berkenaan memang berlaku setiap tahun namun kali ini agak teruk berikutan fenomena air pasang berserta angin kencang yang berlaku. 

Tambahnya, ketika kejadian berlaku kelmarin, ketinggian air laut mencecah dua meter dan  parasnya boleh mencapai sehingga 3.5 meter dan keadaan lebih buruk jika berlaku serentak dengan fenomena air pasang besar serta angin kuat.

“Biasanya lima tahun sekali kejadian seperti ini berlaku, tahun lepas tidak berlaku tetapi kali ini agak besar. Menjadi kebimbangan juga kerana jarak laut dengan jalan utama hanya 15 ke 20 meter, boleh sebabkan jalan pula terhakis. 

“Kami juga mohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk tambak dengan batu-batu di kawasan berkenaan untuk elak hakisan. 

“Sebelum ini tindakan sama juga sudah dibuat tiga tahun lepas, tetapi berlaku lagi dan perlukan peruntukan, kita akan bincang dengan JPS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya