AGAK terkejut juga Cik Bunga tatkala menerima perkhabaran ini. Bukan saja-saja, cerita ini disampaikan kalau tidak ‘beresit’.
Baru-baru ini ada sumber maklumkan kepada Cik Bunga, pelakon cantik, Emma Maembong khabarnya sudah ada peneman baharu selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Kalau ada yang ingat, Emma sebelum ini tidak pernah beritahu tarikh sebenar dia bercerai dengan bekas suami.
Tetapi pengumuman mengenai perpisahan itu dibuat pada 7 Oktober tahun lalu. Jadi, secara kasarnya, ramai tidak tahu bila sebenarnya Emma mula memegang status ibu tunggal sebab dia tidak pernah membuka cerita itu.
Maka, apabila sumber Cik Bunga beritahu bahawa kini Emma sudah bersama seorang DJ kelab malam, Cik Bunga ter kir juga sejak bila hubungan itu terjalin?
Bukan apa, ada ‘resit’ lain yang Cik Bunga terima dengan antaranya memaparkan gambar mereka bercuti bersama di negara seberang.
Pula itu, menerusi gambar yang dikongsikan, kononnya Emma dan DJ Kidd itu seakan sudah bernikah, tetapi pernikahan itu dirahsiakan kedua-dua mereka.
Cik Bunga tidak tahu juga sejauh mana kebenaran mengenai pernikahan itu sebab memang tak ada bunyi langsung desas-desus tentang hal itu daripada kalangan orang industri. Mustahil orang industri hiburan tidak tahu langsung.
Jadi, Cik Bunga tidak berani mahu sahihkan sama ada benar Emma sudah bernikah dengan DJ tersebut. Cuma mungkin Cik Bunga berani sahkan yang mereka sedang menjalin hubungan istimewalah.
Itu pun berdasarkan apa yang disampaikan oleh sumber Cik Bunga itu. Cik Bunga hendak cakap lebih-lebih pun macam tidak kena.
Jadi, kena tunggu juga apa tuan badan punya jawapan, sama ada benar atau tidak gosip yang sedang bertebaran itu.
Bukan apa, kalau betul sah berkahwin lain pun apa salahnya? Lebih baik dikhabarkan kepada semua supaya tidak ada yang salah faham atau timbul fitnah.
Bak kata orang, benda baik tidak perlulah hendak disembunyikan, betul tak?
Cik Bunga tidak tahu juga sejauh mana kebenaran mengenai pernikahan itu sebab memang tak ada bunyi langsung desas-desus tentang hal itu daripada kalangan orang industri. Mustahil orang industri hiburan tidak tahu langsung. Jadi