JAKARTA: Industri hiburan Indonesia berduka hari ini apabila Penyanyi tersohor Indonesia, Emilia Contessa, disahkan meninggal dunia.
Media tempatan melaporkan Allahyarham, yang berusia 67 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi akibat penyakit kencing manis.
Memulakan kerjaya nyanyian sejak kecil, Allahyarham pernah berhijrah ke Singapura dan menetap di negara itu selama satu tahun untuk mengembangkan kerjaya nyanyiannya.
Penyanyi bersuara unik itu pernah disenaraikan New York Times antara lima artis popular dunia pada tahun 1957.
Allahyarham dikenali menerusi lagu-lagu bersifat malar segar antaranya Angin November, Flamboyan, Biarlah Sendiri, Bunga Mawar, Melati, Rindu, Bunga Anggerek, Penasaran, Kehancuran, Layu Sebelum Berkembang dan Angin Malam.
Pada masa yang sama, Allahyarham juga pernah berkolaborasi dengan penyanyi Malaysia, Liza Aziz menerusi lagu Dari Jauh yang diterbitkan sekitar 1990-an.