Ejen hartanah rugi RM118,150 diperdaya tawaran kerja 'affiliate' 

Ejen hartanah rugi RM118,150 diperdaya tawaran kerja ‘affiliate’ 

TAN SENG LEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Seorang ejen hartanah kerugian RM118,150 selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara ‘affiliate’ iaitu dengan menerima tempahan daripada pelanggan di sebuah laman web.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, sindiket penipuan tersebut menawarkan pelaburan dengan pulangan 20 peratus atau sehingga RM1,000, sehari.

“Mangsa iaitu seorang wanita berusia 47 tahun yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat lima transaksi ke dalam dua akaun berbeza antara 11 Januari hingga 17 Januari lalu berjumlah RM118,150.

“Selepas pelaburan dibuat, mangsa dimaklumkan telah mendapat keuntungan sebanyak RM34,809, namun apabila mangsa hendak mengeluarkan wang tersebut, akaunnya telah disekat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran pekerjaan sambilan atau pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dalam tempoh masa singkat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya