e-PCB Plus ganti sistem khidmat potong cukai sedia ada - LHDN

e-PCB Plus ganti sistem khidmat potong cukai sedia ada – LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada iaitu e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 di bawah satu platform menerusi portal MyTax.

LHDN dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan itu seiring pelan peralihan ke arah sistem e-PCB Plus Fasa 1 yang bermula pada 24 September tahun lalu.

Jelasnya, ia membabitkan fungsi pendaftaran peranan Majikan, Wakil Majikan dan Pentadbir PCB di MyTax dan Wakil Pentadbir di e-PCB Plus bagi seluruh majikan yang terbabit PCB.

“Susulan pelaksanaan sistem perkhidmatan baharu ini, majikan diminta untuk menyelesaikan semua pengemukaan data dan bayaran PCB bagi potongan bulan semasa atau potongan tahun kebelakangan pada atau sebelum 15 Januari ini,” katanya.

LHDN berkata, mulai 15 Januari ini, sistem PCB sedia ada hanya dibuka untuk tujuan paparan sahaja bagi membolehkan majikan membuat semakan terhadap maklumat atau rekod PCB terdahulu.

Katanya, fungsi lain seperti pengisian, pengiraan dan bayaran PCB akan ditutup sepenuhnya.

” Pelaksanaan sistem e-PCB Plus sepenuhnya akan dimaklumkan sebelum dibuka secara rasmi bagi kegunaan seluruh majikan dan pengguna,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN menyarankan agar majikan yang sedang menggunakan sistem e-PCB, e-Data PCB dan e-CP39 dan masih belum membuat pendaftaran peranan di sistem e-PCB Plus untuk menyelesaikan semua pengemukaan berkaitan dengan segera bagi melancarkan proses peralihan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya