Duta Besar China ke Malaysia salur bantuan kepada mangsa banjir 

Duta Besar China ke Malaysia salur bantuan kepada mangsa banjir 

OUYANG Yujing (dua dari  kanan) menyampaikan barangan keperluan kepada mangsa banjir pada Majlis Penyerahan Bantuan Kemanusiaan di SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Nasib 500 keluarga mangsa banjir di Kampung Pulau Rusa di sini, yang kehilangan banyak harta benda dalam bencana itu pada akhir tahun lalu mendapat perhatian Kedutaan China di Malaysia.

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing hadir ke kampung tersebut hari ini untuk menghulurkan bantuan barangan keperluan bernilai RM50,000.

Beliau berkata, pihak kedutaan sentiasa mengikuti perkembangan situasi banjir di Malaysia dan turut menawarkan bantuan kepada mangsa yang memerlukannya.

“Apatah lagi hubungan persahabatan kedua-dua negara telah terjalin begitu lama dan sedia berkongsi kesusahan yang dihadapi rakyat.

“Kami bekerjasama dengan Yayasan Ikram Malaysia untuk menyampaikan bantuan ini yang diharap dapat menceriakan mangsa bencana,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan bantuan kemanusiaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Rusa.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, antara barangan yang disampaikan ialah selimut, toto, bantal dan tuala.

“Selain sumbangan barangan, sukarelawan kita turun padang membantu mangsa untuk bergotong-royong membersihkan rumah pasca banjir,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya