Dunia memberi perhatian istimewa kepada Malaysia - PM

Dunia memberi perhatian istimewa kepada Malaysia – PM

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) ketika menyampaikan Anugerah Felo Kehormat MIP kepada Abang Johari Openg dan Anugerah Presiden kepada Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud (dua dari kiri) di Kuala Lumpur. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perhatian istimewa yang diberikan oleh beberapa negara luar kepada Malaysia perlu dimanfaatkan sebaiknya bagi mengukuhkan kedudukan dan pembangunan.

Oleh itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa perancang bandar dan rakyat untuk memberikan tumpuan kepada isu pembangunan, perubahan serta anjakan dari sudut kecerdasan buatan (AI), digital dan peralihan tenaga.

“Di Davos, Switzerland kita diberikan ruang yang agak istimewa, berdepan dengan ribuan tokoh-tokoh dunia, pemimpin dan tokoh konglomerat yang besar-besar.

“(Mereka) memberikan kesempatan kepada kita menerangkan tentang kekuatan Malaysia dan ASEAN. (Ia merangkumi) 700 juta orang, mempunyai kapasiti perpaduan dan kerjasama yang luar biasa dan positif,” katanya ketika menyampaikan ucapan, di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan hadir ke Majlis Penyampaian Anugerah MIP Planning Excellence Awards (MIPPEA) 2024, di sini.

Yang turut hadir adalah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan Presiden Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Noraida Saludin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sudah melakukan perbincangan dengan Kerajaan Filipina supaya kekuatan dari Sarawak dan Sabah menjurus hingga ke Ibu Kota Nusantara, Indonesia.

“Jadi ini memerlukan tumpuan, perancangan dan kerjasama semua pihak untuk menjayakan. Malaysia harus kekal dalam landasan yang betul, tumpukan perhatian, baiki tatakelola negara serta banteras penyelewengan dan rasuah.

“Dalam masa yang sama, menumpukan dalam bidang pembangunan dan keutuhan negara dalam bidang ekonomi,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Abang Johari yang menerima Anugerah Felo Kehormat, malam ini.

Beliau berkata, pemilihan Abang Johari adalah tepat kerana pemimpin tersebut sudah menampilkan kepimpinan yang cemerlang dan wajar.

“Abang Johari merupakan antara tokoh yang telah membuktikan sekiranya politik di negeri itu stabil dengan pimpinan menumpukan kepada pembangunan negeri, dan meneroka idea dan dasar baharu.

“Beliau mencari jalan mengenai tenaga baharu, sering berbicara bagaimana untuk mencari peluang menembus lautan untuk mendapatkan pulangan baharu. Saya ingin menyatakan pemilihan Abang Johari tepat kerana dia menunjukkan contoh bagaimana untuk merancang negeri dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya